comscore
Tumpuan :
Dunia

Laporan nahas Sriwijaya Air SJ 182 bakal dikeluarkan dalam masa terdekat

Foto: Antara News

INDONESIA: Pasukan penyiasat Indonesia akan mengeluarkan laporan akhir siasatan nahas pesawat Sriwijaya Air SJ 182 yang berlaku pada tahun 2021 dalam masa terdekat.

Tragedi yang meragut 62 nyawa itu merupakan nahas pesawat komersial ketiga terburuk dalam tempoh 6 tahun.

Di bawah piawaian antarabangsa, laporan akhir kebiasannya dikeluarkan dalam tempoh setahun setelah nahas.

Bagaimanapun kelambatan laporan nahas Sriwijaya Air ini yang sepatutnya siap setahun setelah nahas, adalah berikutan pasukan penyiasat tidak dapat ke lokasi kejadian ekoran pandemik Covid-19.

Tanggal 9 Januari 2021, pesawat malang yang berusia 26 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Jakarta ke Pontianak mengalami kerosakan pada enjin sebelum terhempas ke Laut Jawa.

Loading...
Terkini