comscore
Tumpuan :
Dunia

Lebih 40 kejadian puting beliung di 6 negeri di A.S, 3 maut

Foto: Reuters

AMERIKA SYARIKAT: Sekurang-kurangnya tiga maut selepas lebih 40 kejadian puting beliung melanda enam negeri di Amerika Syarikat.

Kematian pertama dicatatkan di North Little Rock, Arkansas dengan 50 kecederaan direkodkan manakala dua lagi kematian di catatkan di bandar Wynne .

Angin kencang menyebabkan kemusnahan besar terutama kediaman penduduk.

Foto: Reuters

Keadaan buruk memaksa Gabenor Sarah Huckabee Sanders mengisytihar darurat di Arkansas.

Juga terdapat laporan lebih 300,000 penduduk terputus bekalan elektrik di seluruh negara.

Ini termasuk lebih 105,000 di Illinois diikuti Arkansas lebih 68,000 dan Indiana lebih 33,000 orang

Foto: Reuters

Terdahulu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran tahap 5 kepada 27 juta penduduk di timur Arkansas, barat laut Tennessee, utara Mississippi dan beberapa kawasan lain.  – CNN

 

Loading...
Terkini