comscore
Tumpuan :
Luar Negara

3 maut, kes tembakan rambang di Universiti Nevada

FOTO REUTERS

NEVADA: Sekurang-kurangnya tiga maut dalam satu insiden tembakan rambang di Universiti Nevada, Amerika Syarikat.

Menurut polis, pihaknya menerima panggilan sekitar tengah hari waktu tempatan sebelum berbalas tembakan dengan suspek.

Polis mengesahkan suspek terbunuh dalam kejadian itu dambil menambah seorang mangsa masih dalam keadaan kritikal.

Pihak berkuasa belum mengenal pasti mangsa dan mereka masih menyiasat sama ada suspek ditembak mati oleh polis atau membunuh diri.

Menurut polis tiada lagi ancaman perlu dikhuatiri namun kampus universiti itu ditutup untuk sehingga diberitahu.

Kes berkenaan masih disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar serangan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini