comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Lebih 700 maut dalam serangan Israel di Gaza dalam tempoh 24 jam

GAZA: Lebih 700 terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza dalam tempoh 24 jam lalu.

Menurut Jurucakap Kerajaan Palestin, ia adalah angka korban tertinggi dalam tempoh sehari sejak peperangan bermula pada  7 Oktober lalu.

Foto: Reuters

Israel dalam kenyataannya berkata, lebih 400 lokasi mejadi sasaran yang turut mengorbankan puluhan Pejuang Hamas.

Sasaran lain termasuk lokasi berhampiran Hospital Amal di Khan Younis dan Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah.

Foto: Reuters

Sebuah pangsapuri empat tingkat di selatan wilayah sama turut jadi sasaran dan mengorbankan 32 nyawa.

Manakala serangan lain termasuk di Gaza City yang meragut 19 nyawa

Kementerian Kesihatan Palestin dalam pada itu menyeru agar keperluan mendesak ubat-ubatan dan minyak bagi kegunaan generator dihulurkan segera

Angka korban di Gaza kini mencecah hampir 5,800 orang dengan lebih 2,300 adalah kanak-kanak – AL JAZEERA

Loading...
Terkini