comscore
Tumpuan :
Dunia

Lelaki Australia ludah muka imam, ditahan

Lelaki Australia yang dipercayai terbabit kejadian meludah muka seorang imam di sebuah masjid di Bandung.

JAKARTA: Polis menahan seorang lelaki Australia di sini, semalam, kerana dipercayai meludah muka seorang imam di sebuah masjid di Bandung, Jumaat lalu.

Menurut Ketua Polis Bandung Budi Sartono, lelaki berusia 43 itu ditahan bagi membantu siasatan termasuk kerana melakukan penghinaan.

Beliau berkata, suspek ditahan di lapangan terbang di sini, pada malam Jumaat, susulan laporan polis dibuat oleh imam berkenaan.

“Kita juga sudah meneliti rakaman rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan menemu bual lima saksi dalam kes ini,” katanya menurut laporan portal Kompas.

Terdahulu, tular rakaman kamera litar tertutup, (CCTV) menunjukkan seorang imam di Masjid Al-Muhajir, Bandung, diludah warga asing dalam kejadian jam 6 pagi,  Jumaat lalu kerana dikatakan terganggu dengan bacaan al-Quran yang diperdengarkan menerusi pembesar suara masjid.

Memetik laporan portal Detik.com, berdasarkan rakaman CCTV, suspek yang memakai topi, baju lengan panjang berwarna hitam dan seluar panjang berwarna hijau dilihat memasuki masjid berkenaan dan menghampiri mimbar sebelum mematikan telefon bimbit milik imam masjid.

Ketika itu, imam memainkan ayat suci al-Quran daripada telefon bimbit.

Suspek kemudian dikatakan memarahi imam berkenaan, Muhammad Basri Anwar, 24  dengan kata-kata kesat dalam Bahasa Inggeris dan meludah muka imam itu.

“Dia masuk (ke masjid) terus ke datang ke mimbar dan mematikan (alunan bacaan al-Quran) di telefon bimbit saya… memarahi saya dengan Bahasa Inggeris… saya tidak faham,” katanya.

Kompas melaporkan suspek adalah warga Australia yang menginap di hotel di depan masjid berkenaan.

Loading...
Terkini