comscore
Tumpuan :
Dunia

Letupan bom ragut nyawa anggota renjer di Yala

Foto: Santisuktai

THAILAND: Seorang anggota renjer peronda terbunuh manakala dua lagi cedera dalam serangan bom di daerah Bannang Sata, Yala hari ini.

Pengeboman itu dilaporkan berlaku jam 7 pagi waktu tempatan.

Ketika kejadian, beberapa anggota renjer dan sukarelawan sedang melakukan rondaan dengan berjalan kaki di kampung Ubae Moo 1, Tambon Bacho sebelum bom yang tersembunyi di lokasi itu tiba-tiba meletup.

Impak letupan mengenai tiga anggota itu dengan seorang daripada mereka meninggal dunia tidak lama kemudian.

Mangsa dikenali sebagai Wanchai Muthasukphaisarn, 28 tahun, merupakan renjer sukarelawan mengalami kecederaan parah sebelum akhirnya maut.

Dua lagi rakan sekerjanya, mengalami sakit dada serta telinga berdesing dan keduanya kini sedang dirawat di hospital.

Polis percaya serangan itu berpunca daripada pergolakan yang masih berterusan di selatan Thai.

Loading...
Terkini