comscore
Tumpuan :
Dunia

Liga Pro saudi: Al-Ittihad kekal di puncak

Karim Benzema cedera pada aksi bertemu Al-Wehda

MEKAH: Al-Ittihad mengekalkan kedudukan di puncak Liga Pro Saudi selepas menewaskan Al-Wehda 3-0, namun mereka kehilangan kaptennya, Karim Benzema yang cedera pada aksi berkenaan.

Walau sudah diperkuat Benzema, N’Golo Kanter dan Fabinho pada musim panas ini, Al-Ittihad tampak tidak mampu membolosi Al-Wehda sepanjang babak pertama aksi di Stadium Raja Abdul Aziz.

Benzema yang telah meledak empat gol dalam tujuh penampilan pertamanya untuk juara bertahan Saudi itu, kini mungkin terpaksa direhatkan untuk beberapa perlawanan akibat kecederaan paha.

Jaringan babak kedua Romarinho, Jota dan Igor Coronado memastikan kemenangan buat skuad kendalian Nuno Espirito Santo.

Skuad kendalian Nuno mula bangkit di babak kedua dengan Kante membuat umpanan untuk jaringan pembukaan Romarinho.

Jota menambah jaringan beberapa minit kemudian sebelum Romarinho pula membuat umpanan untuk jaringan Coronado pada minit ke-73.

Al-Ittihad yang dikaitkan dengan perpindahan bintang Liverpool, Mohamed Salah, sukar untuk menembusi benteng Al-Wehda di babak pertama membuktikan mengapa pemain Mesir itu menjadi buruan.

Kelab Saudi itu dilaporkan membuat tawaran melebihi 175 juta pound (RM1.03 bilion) setahun – jumlah yang diterima Cristiano Ronaldo di Al-Nassr ketika ini.

Laporan di Sepanyol mengatakan, penyerang Mesir itu sedia berpindah, tetapi pengendali Liverpool, Jurgen Klopp menafikan spekulasi berkenaan sebelum skuadnya menewaskan Newcastle United 2-1.

Al-Ittihad akan kembali beraksi pada Jumaat apabila melayan kunjungan Al-Hilal, yang diperkuat Aleksandar Mitrovic, Ruben Neves dan Neymar serta menduduki tangga kedua liga. – AGENSI

Loading...
Terkini