comscore
Tumpuan :
Dunia

Mahkamah Perlembagaan Thailand gantung Pita Limjaroenrat sebagai Ahli Parlimen

Foto : Reuters

THAILAND:  Mahkamah Perlembagaan Thailand menggantung calon Perdana Menteri, Pita Limjaroenrat sebagai Ahli Parlimen bermula hari ini

Tindakan itu diambil ketika parlimen bakal mengadakan sesi pemilihan siapakah yang layak memegang jawatan itu, hari ini.

Mahkamah bakal mendengar kes membabitkan pegangan saham Pita dalam sebuah syarikat media, tindakan yang dilarang bagi Ahli Parlimen di negara itu.

Pita mempunyai masa selama 15 hari bagi mengemukakan maklum balas berhubung dakwaan itu.

Menurut Jurucakap Parti Move Forward, keputusan itu bagaimanapun tidak akan menjejaskan pencalonan Pita sebagai Perdana Menteri.

Pita dalam pada itu, mempertikaikan kenyataan pemilikan sahamnya, dengan alasan ia bukan satu perlanggaran dalam undang-undang pilihan raya.

Bahkan syarikat itu juga dilaporkan tidak pernah aktif dalam penyiaran sejak tahun 2007. – AL JAZEERA

Loading...
Terkini