comscore
Tumpuan :
Dunia

PERANG PALESTIN-ISRAEL: 413 rakyat Palestin termasuk 78 kanak-kanak terkorban

Foto: Reuters

PALESTIN: Sekurang-kurangnya 413 rakyat Palestin termasuk 78 kanak-kanak terkorban setakat ini kesan dari peperangan yang tercetus antara Israel dan pejuang Hamas tempoh hari.

Israel mengisytiharkan perang tatkala pertempuran sengit berterusan di Gaza, sehari selepas serangan mengejut oleh Hamas.

Hezbollah dalam pada itu turut mengaku bertanggungjawab atas serangan mortar yang dilancarkan dari Lubnan ke Shebaa Farms yang diduduki Israel.

Zionis kemudian membalas tindakan itu dengan serangan artileri.

Konflik Palestin-Israel semakin meruncing dan perang tercetus selepas pendatang haram Yahudi dan tentera zionis dilihat semakin melampau menzalimi rakyat Palestin selain turut menceroboh Masjidil Aqsa.

Tidak cukup dengan itu, Benjamin Netanyahu sebelum ini ada mengancam akan mengubah Palestin menjadi pulau terpencil.

Untuk rekod, lebih 700 warga Israel terbunuh.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini