comscore
Tumpuan :
Dunia

Nahas Haneda: Kotak hitam pesawat Pengawal Pantai Jepun dijumpai

Anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran pada pesawat Japan Airlines A350 pada Selasa, di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda di Tokyo – Foto: Reuters

TOKYO: Kotam hitam pesawat Pengawal Pantai Jepun yang dipercayai berlanggar dengan pesawat Japan Airlines (JAL) di landasan Lapangan Terbang Haneda, Tokyo berjaya ditemukan pasukan penyiasat hari ini.

Memetik laporan agensi antarabangsa, pasukan penyiasat dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Jepun berkata, kotak hitam itu dibawa ke makmal untuk dianalisa.

Siasatan awal turut menemui kesan pelanggaran pada fiuslaj atau bahagian utama kedua-dua pesawat terbabit.

Bagaimanapun, kotak hitam pesawat JAL yang hangus dijilat api dalam kejadian itu masih belum ditemui.

Pasukan penyiasat turut menjalankan siasatan ke atas serpihan kedua-dua pesawat yang bertaburan di lokasi kejadian.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini