comscore
Tumpuan :
Dunia

Pelajar maut, 5 cedera dalam latihan kebakaran sekolah di Thailand

FOTO: REUTERS

THAILAND : Seorang pelajar maut manakala lima yang lain cedera dalam latihan kebakaran di Bangkok.

Mangsa maut selepas salah satu alat pemadam kebakaran meletup.

Lapor media antarabangsa, polis bergegas ke sekolah Rajavinit Mathayom sejurus selepas kejadian.

Dua daripada mangsa yang cedera terpaksa menerima rawatan lanjut di hospital.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. -REUTERS

Loading...
Terkini