comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pelajar maut selepas terbabit kemalangan di Jalan Kluang – Batu Pahat

Pelajar maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kluang – Batu Pahat

BATU PAHAT: Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori yang membuat pusingan U, di Jalan Kluang – Batu Pahat, dekat sini, pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku jam 6.30 pagi ketika mangsa dalam perjalanan ke sekolah.

Menurut video yang viral di media sosial, sebuah lori tiba-tiba membuat pusingan U, menyebabkan mangsa gagal mengelak dan motosikal berkenaan merempuh bahagian sisi lori terbabit hingga menyebabkan berlaku letupan dan terbakar.

Kejadian itu turut dikongsi beberapa pengguna media sosial yang kecewa dengan pemandu lori berkenaan.

Polis yang dihubungi memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kemalangan berkenaan.

Laporan lanjut menyusul.

Loading...
Terkini