comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelajar maut, ibu dan adik cedera dalam kemalangan dengan lori di Benut

FOTO: JBPM Johor

PONTIAN: Seorang  pelajar maut,manakala ibu dan adiknya cedera dalam satu kemalangan dengan sebuah lori di KM 11, Jalan Benut-Simpang Renggam berhampiran Kampung Parit Jamal, Benut, dekat sini, pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Hayqal Mohd. Asdi Jastani, 14, tahun dari Taman Kluang Perdana, Kluang.

Mangsa yang duduk di belakang kereta dipandu oleh ibunya, Jalilah Jalil, 47, meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala.

FOTO: JBPM Johor

Ibunya cedera di kaki dan tangan, sementara adik mangsa, Muhammad Naim, 12, cedera parah di tangan dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk rawatan.

Pemandu lori hanya mengalami cedera ringan.

Jurucakap ibu pejabat polis trafik daerah Pontian ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan punca kemalangan masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini