comscore
Tumpuan :
Dunia

Sistem Operasi iPhone Dinaik Taraf, Elak Digodam

FOTO: AP

NEW YORK: Pakar memberi amaran kepada semua pemilik telefon pintar iPhone untuk mengemas kini sistem operasi secepat mungkin bagi mengelakkan peranti mereka daripada digodam.

Jika ada yang tertanya bagaimana? Ia adalah hanya satu proses yang mudah di mana pengguna boleh terus ke bahagian Kemas Kini Perisian atau ‘Software Update’ dan hanya mengikuti beberapa langkah mudah.

Selepas itu, proses ini hanya akan mengambil masa beberapa minit sahaja.

Apple sebelum ini kerap mengeluarkan kemas kini untuk perisian gajet keluarannya dan ancaman godam tidak pernah dihadapi pengguna Apple.

Bagaimanapun, naik taraf baharu ini bertujuan untuk menutup serta-merta ‘security hole’ yang membolehkan penggodam mengambil alih fungsi penggunaan gajet mereka.

Loading...
Terkini