comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Rundingan gencatan senjata semakin hampir dimuktamadkan – Hamas

DOHA: Hamas mengesahkan rundingan gencatan senjata dengan rejim Zionis semakin hampir untuk dimuktamadkan.

Perkara terbabit dimaklumkan oleh Ketua Hamas, Ismail Haniyeh menerusi satu kenyataan khas yang dihantar kepada Reuters menerusi wakilnya, Issat El Reshiq.

Hasrat Hamas itu juga sudah dimaklumkan kepada Qatar yang bertindak selaku perantara rundingan terbaharu membabitkan kedua-dua pihak terbabit.

Ketua Hamas, Ismail Haniyeh. – FOTO: Reuters

Kenyataan berkenaan bagaimanapun tidak menjelaskan butiran rundingan yang sedang berjalan, namun sumber dalaman Hamas memaklumkan kepada Al Jazeera, rundingan gencatan senjata kini tertumpu kepada tempoh gencatan, penghantaran bantuan ke Gaza dan pertukaran tawanan.

Jelas Hamas, butiran lanjut berhubung pembebasan tawanan akan dimaklumkan oleh Qatar meskipun tiada waktu tertentu yang diumumkan oleh pegawai berkenaan. – REUTERS

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini