comscore
Tumpuan :
Dunia

Semua bayi baru lahir dipindahkan dari Hospital Al-Shifa 

FOTO: Reuters

GAZA: Berikutan serangan bertalu-talu oleh rejim Zionis, pihak berkuasa kesihatan Palestin bertindak memindahkan kesemua bayi baru lahir di Hospital Al-Shifa, ke sebuah lokasi yang selamat.

Perkara itu dimaklumkan oleh seorang pegawai kesihatan hospital berkenaan kepada Reuters.

Setakat ini, 10 bayi ditempatkan di katil khas yang mempunyai penghawa dingin dan alat pemanas.

Menurut pegawai kesihatan itu, pemindahan berkenaan adalah salah satu inisiatif bagi menyelamatkan bayi baru lahir di hospital terbabit yang semakin kehabisan bekalan elektrik untuk beroperasi.

Bagaimanapun, keadaan boleh bertambah buruk dengan peningkatan kes jangkitan dan sepsis, yang boleh membawa maut.

Semalam, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus memaklumkan Hospital Al-Shifa tidak lagi beroperasi sebagai pusat perubatan.

Beliau berkata sejak tiga hari lalu, kemudahan itu kekurangan bekalan elektrik dan air serta capaian internet yang lemah, sekali gus menjejaskan keupayaannya untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan penting.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini