comscore
Tumpuan :
Dunia

5 bayi pramatang & 7 pesakit kritikal Hospital Al-Shifa meninggal dunia 

SEMENANJUNG GAZA: Seramai 5 bayi pramatang dan 7 pesakit kritikal meninggal dunia di Hospital al-Shifa di sini, pada Ahad, ekoran kekurangan bekalan bahan api, susulan serangan berterusan rejim zionis.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Youssef Abu Rish pihaknya bimbang jumlah berkenaan akan meningkat mendadak selepas tempoh 24 jam.

Sementara itu, rejim Zionis dilapor melancarkan serangan berhampiran hospital terbesar di Gaza itu, menyebabkan ribuan orang ramai terperangkap.

Rejim Zionis menafikan sengaja menyasarkan hospital, selain mendakwa Hamas menggunakan kemudahan perubatan atau terowong di bawahnya sebagai tempat persembunyian tetapi tuduhan itu dinafikan kumpulan pejuang berkenaan.

Kebimbangan warga Palestin yang mencari perlindungan dan pesakit memerlukan rawatan semakin meningkat apabila hospital Al-Quds tidak beroperasi akibat kekurangan bahan api, kata Bulan Sabit Merah Palestin.

Berdasarakan agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 20 daripada 36 hospital di Gaza ‘tidak lagi berfungsi’.

Sementara itu, REUTERS melaporkan Hamas pada Ahad, menafikan enggan menerima 300 liter bahan api untuk kegunaan perubatan di Hospital al-Shifa di Gaza, dari Israel.

Hamas dalam kenyataan menyifatkan, tawaran itu memperkecil penderitaan pesakit yang terperangkap di dalam hospital tanpa bekalan minuman, makanan mahupun elektrik.

Katanya, jumlah diesel yang ditawarkan tidak mencukupi untuk mengendalikan generator hospital bagi tempoh lebih 30 minit.

“Hamas tiada kaitan dengan pengurusan Hospital al-Shifa. (Hospital al-Shifa) tertakluk sepenuhnya kepada pihak berkuasa Kementerian Kesihatan Palestin,” katanya. – AGENSI

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini