comscore
Tumpuan :
Dunia

Singapura sedia vaksin Covid-19 untuk golongan berusia 6 bulan ke atas

Foto Reuters

SINGAPURA: Penguasa Sains Kesihatan (HSA) meluluskan penggunaan vaksin Comirnaty oleh Pfizer yang dikemas kini buat kumpulan berusia enam bulan ke atas.

Vaksin itu adalah versi terkini vaksin Comirnaty asal yang menyasarkan subvarian Omicron semasa.
01:10
Versi terkini vaksin itu dihasilkan bagi memastikan ia terus berkesan dalam memberi perlindungan daripada virus COVID-19 yang kian berubah.

Menurut HSA, semakan perlu terus dilakukan untuk mengemas kini vaksin COVID-19 yang diluluskan penggunaannya bagi memastikan keberkesanan vaksin.

Dalam dapatan terbaharu, HSA telah mempertimbangkan data menyeluruh yang diperoleh daripada versi vaksin Comirnaty sebelumnya.

Menteri Kesihatan Singapura, Ong Ye Kung, berkata vaksin berkenaan berbeza daripada versi sebelumnya memandangkan ia tidak menyasarkan jenis virus lama yang ‘tidak lagi tersebar secara meluas dalam masyarakat’.

Menurutnya, bekalan vaksin baru dijangka tiba di Singapura lewat Oktober dan Kementerian Kesihatan (MOH) akan mendedahkan butiran lanjut sebelum stok tersedia bagi orang ramai.

Dalam pada itu ujar Ye Kung, kadar vaksinasi COVID-19 di Singapura kini semakin berkurangan.

Justeru beliau menegaskan pentingnya vaksinasi dalam usaha republik itu berpindah kepada pendekatan pencegahan dalam penjagaan kesihatan.

Loading...
Terkini