comscore
Tumpuan :
Dunia

Singapura Tarik Balik Kicap Buatan Malaysia

Kadar penggunaan asid benzoik tidak diisytiharkan pada label botol kicap jenama Bunga Tangan. – FOTO: Agensi Makanan Singapura

SINGAPURA: Singapura menarik balik produk kicap dari Malaysia selepas mengesan asid benzoik melebihi had seperti termaktub dalam Peraturan Makanan Singapura.

Menurut Agensi Makanan Singapura (SFA), penggunaan asid benzoik tidak diisytiharkan pada label pembungkus makanan produk Kicap Jenama Bunga Tangan.

“SFA telah mengarahkan pengimport, Heng Yoon Trading Pte Ltd, untuk menarik balik produk terbabit sebagai langkah berjaga-jaga.

“Langkah untuk menarik balik produk itu sedang dilakukan,” menurut SFA menerusi laman Facebooknya semalam.

Di bawah Peraturan Makanan Singapura, hanya bahan makanan tambahan dengan had tertentu dibenarkan untuk digunakan, menurut SFA.

SFA memaklumkan penggunaan sekali sahaja produk yang terjejas tidak mungkin menjadi kebimbangan, terutamanya kerana kicap bukan makanan ruji yang diambil pada kadar berlebihan. – BERNAMA

Loading...
Terkini