comscore
Tumpuan :
Dunia

Sri Lanka mulakan perbincangan dengan Bank Dunia bagi peroleh US$200 juta

Foto: Reuters

COLOMBO: Menteri kabinet Sri Lanka meluluskan cadangan memulakan perbincangan dengan Bank Dunia bagi memperoleh US$200 juta untuk program keselamatan sosial, lapor Xinhua.

Jurucakap kerajaan, Bandula Gunawardena memberitahu wartawan bahawa Presiden Ranil Wickremesinghe membuat cadangan itu atas kapasitinya sebagai menteri kewangan.

Gunawardena berkata bahawa Sri Lanka bersetuju untuk melaksanakan rangkaian keselamatan sosial yang teguh bagi melindungi kumpulan paling terdedah di negara itu sebagai sebahagian daripada Kemudahan Dana Lanjutan 48 bulan yang disokong oleh Dana Kewangan Antarabangsa.

Beliau berkata Bank Dunia telah bersetuju menyediakan pinjaman sebanyak US$200 juta bagi menyokong program keselamatan sosial dan perbincangan dengan Bank Dunia kali ini adalah untuk memuktamadkan pembiayaan.

Menteri-menteri kabinet juga mengesahkan cadangan pada April untuk memberi kuasa kepada kementerian kewangan meneruskan rundingan mendapatkan pinjaman bernilai US$350 juta dan satu lagi geran US$1.5 juta daripada Bank Pembangunan Asia. – BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini