comscore
Tumpuan :
Dunia

Tragedi 11 September : Biden Janji Akan Buru Dalang

Presiden Joe Biden hadir dalam upacara memperingati tragedi 11 September yang ke-21. – FOTO : AP

WASHINGTON DC : Presiden Joe Biden hadir dalam upacara memperingati tragedi 11 September yang ke-21 tahun bagi memberi penghormatan buat semua mangsa yang maut.

Menurut Biden, meskipun Amerika telah meninggalkan Afghanistan, tetapi mereka tidak akan berhenti dari terus memburu dalang di sebalik serangan terbabit.

Bulan lalu, Biden mengumumkan Amerika telah membunuh ketua Al Qaeda, Ayman Al-Zawahri, yang dipercayai membantu dalam merancang serangan itu, dalam satu operasi rahsia.

Biden menegaskan pentadbirannya tidak akan lupa lantas berputus asa.

Amerika Syarikat tambahnya akan terus komited dalam memerangi keganasan sekaligus mencegah serangan yang menyasarkan negara itu.

Presiden itu turut disertai oleh waris keluarga mangsa, mereka yang berada di Pentagon pada hari kejadian selain barisan pemimpin jabatan pertahanan di Washington DC.

Hari peringatan ini secara serentak turut diadakan di New York, Somerset County dan Pennsylvania.

Loading...
Terkini