comscore
Tumpuan :
Dunia

UK ‘tendang’ China daripada projek nuklear

FOTO: Getty Images

United Kingdom: Kerajaan UK telah mengeluarkan syarikat Nuklear Am China (CGN) daripada projek nuklear terbaharu, Sizewell C.

Loji nuklear berkenaan bakal menjadi projek pertama dalam tempoh tiga dekad yang dibiaya secara langsung oleh UK.

Dengan pembiayaan ini, ia sekaligus membolehkan CGN dikeluarkan dari projek berkenaan.

Menerusi satu kenyataan, London telah merancang untuk melabur sehingga A$814 juta atau 50% kos pembangunan projek itu.

Pengumuman Sizewell C ini dibuat ekoran UK mahu mengurangkan penglibatan China dalam bekalan tenaga negara selain turut memutuskan hubungan dengan kuasa ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Terdahulu Perdana Menteri Rishi Sunak mengumumkan ‘era keemasan’ hubungan UK-China telah berakhir.

Loading...
Terkini