comscore
Tumpuan :
Hiburan

Beto dan Sofia Albarakbah, Aktor dan Aktres Filem Popular

Aktor Filem Popular, Beto Kusyairi

Oleh: Mimi Azeera Abdullah

PETALING JAYA: Beto menewaskan calon ‘Top 5’ lain seperti Zul Ariffin, Datuk Adi Putra, Fattah Amin dan Zizan Razak untuk menjulang kemenangan bagi kategori Aktor Filem Popular.

Beliau yang berterima kasih kepada peminat yang mengundi, menyifatkan kemenangannya turut dibantu lakonannya dalam filem Mat Kilau dan Imaginur.

Malah Beto sempat berseloroh tidak menjangkakan kemenangan ini, memandangkan pengikutnya di media sosial tidak mencecah sejuta.

Aktres Filem Popular, Sofia Albarakhbah

Kategori Aktres Filem Popular pula dimenangi Sophia Albarakbah.

Sementara itu, Beto turut tampil sekali lagi ke pentas bersama Che Puan Sarimah dan Erma Fatima, untuk mengumumkan pemenang Aktor dan Aktres TV Popular.

Kategori berkenaan dimenangi Meerqeen dan Anna Jobling.

Meerqeen dan Anna menewaskan calon-calon popular lain termasuk Ben Amir, Aedy Ashraf, Puteri Sarah Liyana dan Siti Saleha.

Loading...
Terkini