comscore
Tumpuan :
Hiburan

Ella tinggalkan dunia seni?

Ella memadam gambar dalam IG, sekali gus meninggalkan tanda tanya menerusi hantaran dimuat naik, hari ini.

KUALA LUMPUR: Ratu Rock, Ella memadam gambar dalam Instagram (IG), sekali gus meninggalkan tanda tanya menerusi hantaran dimuat naik, hari ini.

“Terima Kasih Untuk 35 tahun – Ella,” tulisnya dengan latar belakang hitam.

Ia dianggap tindakan mengejut penyanyi yang popular menerusi lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah dan Sembilu yang sudah hampir empat dekad memperjuangkan bakat dalam arena seni itu.

Seolah-olah figura disayangi itu memberi bayangan mahu mengundurkan diri apabila meninggalkan hantaran sedemikian.

Usaha mendapatkan kakak kepada Jojie itu tidak berjaya apabila Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin tidak menjawab panggilan telefon mahupun membalas pesanan menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantar.

Sementara itu, pengurus penyanyi berusia 57 tahun yang dikenali sebagai Peah, dia tidak tahu kenapa Ella bertindak memadam gambar-gambarnya dalam IG.

“Saya tidak tahu kenapa Ella berbuat demikian dan tidak berani memberikan sebarang komen.

“Insya-Allah, saya akan berjumpa Ella petang ini,” katanya.

Dalam perkongsian sebelum ini, Ella berkongsi kegembiraan mendapat sambutan hangat peminat ketika tampil dalam persembahan di Tawau, Sabah.

Karnival anjuran Lowcost Fiesta Tour itu membariskan empat penghibur termasuk Azlan The Typewriter dengan tiada dikenakan sebarang caj tiket untuk penonton.

Menerusi IG pada 26 Februari lalu, Ella membuat perkongsian lebih 20,000 penonton hadir menyaksikan konsert itu.

Loading...
Terkini