comscore
Tumpuan :
Hiburan

Safawi-Syifa timang cahaya mata sulung

Foto: Safawi Rasid/Instagram

KUALA LUMPUR: Isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rashid, Syifa Melvin selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan dekat Johor Bahru, Johor petang semalam.

Berita gembira itu dikongsikan Safawi menerusi akaun Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SAFAWI RASID (@safawirasid29)

Pemain JDT itu turut berkongsi nama putera sulungnya iaitu Saif Sulaiman Muhammad Safawi.

“Masya-Allah, Tabarakallah… Saif Sulaiman Muhammad Safawi selamat dilahirkan pada 30 September 2023, jam 5.28 petang,” katanya.

Adik kepada pelakon Syatilla Melvin, Syifa juga menerusi Insta Story miliknya meluahkan kesyukuran atas kelahiran cahaya mata pertama mereka.

“Syukur Alhamdulillah, Allah sebaik-baik perancang… Saif Sulaiman,” katanya.

Sebelum itu, Safawi ada memuat naik foto memakai pelitup muka dipercayai sedang berada di hospital dan difahamkan sedang menanti kelahiran anak pertama mereka.

Pasangan Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Atirah Amirul Melvin, 29, dan Safawi mendirikan rumah tangga pada 28 November tahun lalu di Kuala Lumpur dalam satu majlis tertutup.

Loading...
Terkini