comscore
Tumpuan :
Hiburan

Tuah Aina Abdul datang ABPBH ke-35 naik lori, raih kemenangan 

Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Terus-menerus menampilkan kelainan dalam setiap kemunculannya.

Aina Abdul mencuri tumpuan ramai di acara karpet merah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 dengan menaiki kontena lutsinar.

Selain itu, penyanyi lagu Terus Hidup itu juga seperti biasa tampil dengan busana pelik berupa blazer gergasi rona merah yang bersaiz empat kaki lebar.

Apa yang istimewa, blazer berkenan bertukar menjadi gaun dengan rekaan bunga mawar.

“Saya selesa dan suka menggayakan blazer ‘oversize’.

“Oleh kerana penampilan saya tahun lalu dikecam kerana ketat, jadi saya memilih penampilan yang longgar,” katanya yang mengambil selama tiga jam untuk bersiap.

Mungkin tuah busananya, Aina dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Popular menewaskan 4 calon lain Ernie Zakri, Nabila Razali, Siti Nordiana dan Wany Hasrita.

Loading...
Terkini