comscore
Tumpuan :
Hiburan

Ernie Zakri selebriti tempatan terbaharu hiasi New York Times Square

KUALA LUMPUR: Penyanyi bervokal mantap, Ernie Zakri menjadi selebriti tempatan terbaharu yang menghiasi papan iklan digital gergasi di New York Times Square, Amerika Syarikat (AS).

Meluahkan rasa gembira dan teruja, penyanyi lagu Boneka itu tidak menyangka kini tiba gilirannya menghiasi papan digital yang menjadi idaman ramai itu.

“Semestinya, saya sangat gembira dengan peluang ini.”Alhamdulillah, ia salah satu kejayaan terbesar dalam kerjaya saya sebagai penyanyi solo.

“Saya tidak pernah terbayang wajah saya akan terpampang di papan iklan digital New York Times Square yang dikenali seluruh dunia,” ujar Ernie.

Ernie berkongsi, 2023 melakar banyak kenangan manis buatnya secara peribadi.

Malah, katanya, dia mempunyai banyak perancangan sepanjang tahun ini.”Saya bercadang menghasilkan lebih banyak lagu dan mungkin, album pada penghujung tahun ini.” Banyak yang sudah dirancangkan, jadi tolong doakan semuanya dimudahkan,” katanya.

Penampilan Ernie pada papan iklan digital sebagai wakil penyanyi Malaysia dalam kempen Equal oleh wadah penstriman muzik digital, Spotify.

Equal adalah program anjuran Spotify yang memperjuangkan kesamaan dalam mengetengahkan artis wanita dari seluruh dunia.

Antara wajah yang pernah menghiasi papan iklan digital gergasi itu termasuklah Yuna, Datuk Siti Nurhaliza, Dolla, Aina Abdul, Kaka Azraff, Layla Sania, Iman Troye, Aisha Retno dan Vanessa Reynauld.

Loading...
Terkini