comscore
Tumpuan :
Isu

Bank Perlu Perkukuh Polisi, Elak Keyakinan Pengguna Terhakis

Oleh Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menegaskan pihak bank perlu memperkukuh polisi masing-masing untuk menjamin kesejahteraan kewangan pengguna.

Pengurus Kanannya Baskaran Sithamparam berkata, ini kerana pengguna memberi kepercayaan kepada bank untuk menjaga keselamatan kewangan selain menjaga data peribadi mereka.

“Ia menjadi tanggungjawab penyedia perkhidmatan iaitu perbankan untuk menjamin wang simpanan pengguna dijaga dan berada dalam tahap keselamatan yang ketat supaya tidak dicuri mana-mana “hackers”. Apa yang pihak bank perlu buat ialah memperkukuh sistem perbankan mereka supada data tidak dibolos mana-mana pihak,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Ini terutama apabila wang simpanan mereka dikeluarkan pihak yang tidak bertanggungjawab tanpa pengesahan pengguna melalui nombor TAC atau OTP.

Insiden penggodam dengan mudah mengakses akaun bank pengguna jelas menunjukkan kelemahan sistem keselamatan bank tempatan.

Mereka juga perlu segera mengatasi masalah ini agar keyakinan pengguna terhadap bank tempatan tidak terhakis.  

Loading...
Terkini