comscore
Tumpuan :
Jenayah

13 ditahan, cubaan seleweng 26,000 liter diesel tumpas 

Lori tangki berisi 26,000 liter diesel yang dibawa tanpa dokumen sah dirampas dalam serbuan di Bukit Kayu Hitam. – FOTO: Ihsan KPDN

ALOR SETAR: Tiga belas suspek termasuk tujuh warga Thailand ditahan susulan rampasan sebuah lori tangki berisi 26,000 liter diesel  di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, di sini, semalam.

Kesemua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 50-an itu dicekup dalam serbuan oleh polis kira-kira jam 3 petang, selepas  lori tangki terbabit dikesan membawa diesel dianggar bernilai RM55,900 tanpa dokumen sah.

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth, jumlah sitaan keseluruhan mencecah RM75,900.

“Semua 13 suspek ditahan ketika berada dalam premis yang diserbu untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

“KPDN Kedah memberi amaran keras bahawa kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit sindiket serta aktiviti penyelewengan barang kawalan ini.

“Tindakan tegas akan diambil termasuklah mendakwa mereka di mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) (Akta 613),” katanya.

Loading...
Terkini