comscore
Tumpuan :
Jenayah

3 lelaki ditahan disyaki edar syabu

Foto hiasan

Oleh Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Tiga lelaki ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar Jitra dan Alor Setar, kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah pada Selasa.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad dalam satu kenyataan berkata, penahanan pertama dilakukan terhadap seorang lelaki di sebuah rumah di Kampung Balor Rambai, Jitra sekitar jam 3.20 petang.

“Hasil pemeriksaan di dalam bilik di rumah suspek telah menjumpai beg kertas yang mengandungi lima bungkusan plastik berisi bahan disyaki dadah jenis Syabu anggaran berat 5,025 gram di atas lantai bilik pertama tersebut.”

“Hasil soal siasata kemudiannya membawa kepada serbuan kedua di tempat letak kereta sebuah hotel, dimana dua lelaki yang berada didalam dalam sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard ditahan,” katanya.

Pihak polis tangkap kedua-kedua lelaki melayu tersebut dan turut merampas satu rangkai yang terdapat lima batang anak kunci dari dalam kenderaan untuk tindakan lanjut.

Polis merampas kesemua dadah yang dianggarkan bernilai RM180,900 selain sitaan harta bernilai RM 343,500

Kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga 24 April bagi membantu siasatan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Loading...
Terkini