comscore
Tumpuan :
Jenayah

387 warga Filipina diusir ke negara asal

Oleh Safwan Sawi

KOTA KINABALU: 387 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina telah dihantar ke negara asal dari Depot Tahanan Imigresen di Tawau, semalam.

Pengarah Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata kesemua tahanan dipindahkan dari Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga, Filipina.

Program pemindahan PATI siri 18 itu terdiri daripada tahanan lelaki seramai 372 orang, wanita 14 orang dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ke bawah.

Kesemua PATI yang ditahan di Depot Imigresen telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan–Peraturan Imigresen 1963.

Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara.

Loading...
Terkini