comscore
Tumpuan :
Jenayah

Amang seksual budak 7 tahun, warga Nepal ditahan

Foto hiasan

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di Kompleks Bukit Jambul, petang semalam.

Difahamkan, suspek berusia 30-an itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Abd Hamid berkata kejadian berlaku ketika kanak-kanak itu bersama ibunya sedang membeli-belah di pasar raya berkenaan kira-kira 6.50 petang.

“Ketika sedang beratur untuk buat pembayaran di kaunter suspek tiba-tiba datang dan menggeselkan badannya dari arah belakang mangsa.

“Ibu mangsa yang tidak berpuas hati memaklumkan kejadian kepada orang awam yang kemudian memukulnya,” katanya di sini hari ini.

Razlam berkata suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap di kawasan belakang sebuah pasar raya berhampiran kompleks itu sebelum diserahkan kepada polis.

Katanya, suspek yang cedera di muka dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menerima rawatan.

“Suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.– BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini