comscore
Tumpuan :
Jenayah

Bekas Menteri Bakal Didakwa Esok

Bekas Menteri yang juga Ahli Parlimen dijangka didakwa esok pada jam 9 pagi di Mahkamah Sesyen Rasuah Jalan Duta berhubung penyelewengan berjumlah lebih RM1 juta wang peruntukan sebuah parti politik.

Menurut sumber, bekas menteri itu dijangka berhadapan dengan dua pertuduhan di bawah seksyen 403 dan 405 Kanun Kesiksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah. Jumlah keseluruhan penyelewengan yang terlibat dianggarkan berjumlah RM1.12 juta melibatkan wang milik parti politik yang beliau iaitu Ketua Pemuda.

Beliau juga dijangka akan turut dituduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dalam masa terdekat.

Siasatan ke atas Ahli Parlimen ini telah dijalankan sejak Jun 2020 selepas menerima aduan berhubung kehilangan wang berjumlah RM250,000 dalam simpanannya.

Loading...
Terkini