comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki ditemui selamat selepas tersesat ketika mendaki Gunung Keriang 

Anggota BBP Alor Setar menemui lelaki yang dipercayai tersesat ketika mendaki di Gunung Keriang. – FOTO: NSTP/ Ihsan Bomba

ALOR SETAR: Seorang lelaki yang dipercayai tersesat ketika mendaki Gunung Keriang, di sini ditemui selamat oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, malam tadi.

Ketua BBP Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.06 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Alor Setar tiba di lokasi pada jam 8.27 petang yang diketuai Pegawai Bomba Tinggi (PBT) Noor Syakirah Rosli bersama lapan anggota.

“Setibanya di lokasi, dimaklumkan lelaki berusia 20 tahun itu dipercayai tersesat di sekitar gunung berkenaan.

“Bagaimanapun mangsa berjaya ditemui selamat dengan bantuan anggota Bomba yang melakukan pencarian di lokasi terbabit.

“Mangsa yang tidak mengalami cedera kemudian dibawa turun ke kaki gunung dengan selamat,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Naufal berkata, operasi tamat pada jam 9.12 malam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini