comscore
Tumpuan :
Jenayah

Dua guru hilang lebih RM150,000 diperdaya sindiket penipuan dalam talian

Foto hiasan

KUANTAN: Dua guru kerugian RM158,176 selepas terima panggilan pegawai pos dan tekan pautan di media sosial untuk buat pembelian atas talian.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa pertama adalah guru wanita berusia 54 tahun yang menerima panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Pejabat Pos Alor Setar pada 28 Ogos tahun lalu.

Katanya, suspek kemudiannya meminta mangsa membuat tuntutan barang yang diterima atas nama mangsa iaitu kad sim, buku cek token serta pemacu kilat.

“Mangsa menafikannya tetapi panggilan itu disambungkan kepada pegawai polis yang memberitahu bahawa mangsa terbabit dengan kes pengubahan wang haram dan penjualan dadah.

“Mangsa diminta untuk membuat pemindahan wang sebanyak RM89,450 kepada empat akaun bank yang berlainan untuk membersihkan nama daripada kes terbabit dan sumber kewangan adalah daripada wang simpanan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata, kes dua pula membabitkan guru lelaki berusia 51 tahun yang mengalami kerugian RM68,726 selepas melihat iklan jualan smart tag berharga RM150 di laman sosial Facebook pada 27 Januari lalu.

Katanya, berdasarkan laporan, mangsa diberi satu pautan bagi urusan pembelian.

“Selepas memasukkan butiran nama, nombor kad pengenalan dan alamat rumah, mangsa membuat pembayaran di pautan itu tetapi gagal.

“Namun, pada 29 Januari lalu, mangsa mendapati sebanyak 14 transaksi pengeluaran wang berjumlah RM68,726 dibuat daripada akaun bank miliknya. Sumber kewangan adalah wang simpanan mangsa.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Katanya, masyarakat diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini