comscore
Tumpuan :
Jenayah

Terpedaya pelaburan bitcoin paslu, penjawat awam rugi lebih RM80,000

Foto hiasan

KUANTAN: Gara-gara tertarik dengan pulangan keuntungan sehingga 50 peratus, seorang penjawat awam kerugian RM81,570 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan bitcoin yang tidak wujud.

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, seorang lelaki berusia 40-an terpedaya dengan pelaburan tidak wujud itu yang ditawarkan melalui aplikasi Telegram.

Katanya, berdasarkan laporan, mangsa menerima pautan daripada WhatsApp yang menawarkan pelaburan menjanjnikan keuntungan antara 20 peratus dan 50 peratus pada Jun lalu.

“Sebaik menekan pautan itu, mangsa dimasukkan ke dalam kumpulan pelaburan bitcoin di Telegram. Mangsa yang berminat menyertai pelaburan itu membuat beberapa transaksi kepada akaun berbeza dengan nilai keseluruhan berjumlah RM81,570.30.

“Selepas melakukan transaksi itu, mangsa diminta untuk terus memindahkan wang lagi tetapi tidak berbuat demikian kerana berasa ditipu. Siasatan mendapati wang itu adalah daripada simpanan mangsa sendiri serta pinjaman rakan”, katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Susulan kes itu, Yahaya berkata, orang ramai dinasihati tidak mudah terpedaya dengan promosi pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang lumayan dalam tempoh singkat.

Loading...
Terkini