comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 2 kanak-kanak, guru cedera kereta rempuh taska

 

KEMAMAN: Dua kanak-kanak dan seorang guru cedera apabila kenderaan pelbagai guna, MPV, jenis Proton Exora merempuh bangunan sebuah taska ketika sedang mengundur dalam kejadian di sini, pagi tadi.

Kejadian berlaku sekitar jam 7.15 pagi itu dikongsi EXCO Terengganu Hanafiah Mat menerusi hantaran di Facebook.

FOTO: Facebook Haji Hanafiah Mat

Akibat kejadian itu   seorang budak perempuan berusia tiga tahun cedera di bahagian muka.

Seorang bayi lelaki berusia setahun turut cedera ringan manakala  seorang guru wanita berusia  31 tahun   mengalami kecederaan retak pada lutut.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan ketika dihubungi memberitahu kejadian berlaku ketika seorang pesara tentera berusia 71 tahun  cuba mengundurkan kenderaan mpv miliknya yang diparkir di  perkarangan  sebuah rumah kosong terletak hanya 5 meter dari taska terbabit.

Warga emas itu bagaimanapun tertekan pedal minyak yang disangkakan pedal brek menyebabkan kenderaan  itu meluncur laju melanggar tembok lalu merempuh taska berkenaan.

FOTO: Facebook Haji Hanafiah Mat

Penduduk yang menyedari kejadian itu bertindak mengeluarkan semua mangsa yang cedera dan dibawa  ke Hospital Kemaman.

Kesemua mangsa dilaporkan stabil.

Siasatan kes mengikut  seksyen  42 (1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

Loading...
Terkini