comscore
Tumpuan :
Jenayah

Guru rugi RM362,399 akibat jadi mangsa ‘scammer’

Foto hiasan

Oleh: Fazli Ahmad

KUANTAN: Seorang guru wanita di Cameron Highlands kerugian RM362,399 selepas diarah membuat pinjaman bank kerana terperdaya dengan “scammer” menyamar sebagai kakitangan Pos Laju menghubungi mangsa kononnya mempunyai dokumen ditahan polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, guru berusia 34 tahun itu membuat laporan polis semalam mendakwa menerima panggilan telefon dari individu menyamar sebagai pihak Pos Laju pada Oktober lalu.

Menurutnya, suspek mendakwa satu bungkusan untuk mangsa mengandungi dokumen penting seperti Mykad, kad kredit dan buku cek ditahan polis.

Katanya, suspek mendakwa polis menahan dokumen itu kerana mangsa disyaki terbabit dengan kes penggubahan wang haram dan penyeludupan dadah.

“Suspek mendakwa bungkusan itu ditahan Pos Laju dan talian mangsa disambungkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Bukit Aman,”

Datuk Seri Yahaya Othman / Ketua Polis Pahang

“Mangsa dimaklumkan akan dibantu dalam rayuan kes dan diarahkan memindah sejumlah wang bagi tujuan siasatan,”

“Mangsa turut diminta membuat pinjaman bank dan menyerah maklumat perbankan bagi tujuan siasatan serta menyerahkan wang simpanan lain secara berperingkat-peringkat bayaran mahkamah, Bank Negara Malaysia serta audit.” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Menurut Yahaya, guru terbabit mendakwa memindah RM362,399 ke dalam akaun suspek.

Katanya, selepas itu mangsa gagal menghubungi suspek.

“Orang ramai yang menerima panggilan meragukan dinasihatkan segera merujuk polis atau agensi berkaitan bagi mengelak tertipu,” katanya.

Menurutnya, masyarakat boleh menyemak nombor akaun dan nombor telefon diterima menerusi https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.

Loading...
Terkini