comscore
Tumpuan :
Jenayah

Hamilkan gadis bawah umur, teman lelaki direman 7 hari

Foto hiasan

AMPANG: Seorang lelaki berusia 20 tahun ditahan di Wangsa Maju pada Jumaat selepas disyaki menyebabkan teman wanitanya hamil Oktober tahun lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, pihaknya menerima aduan daripada seorang pegawai perubatan pada 18 Jun lalu.

Siasatan mendapati, mangsa seorang gadis berusia 16 tahun didapati telah hamil selama 32 minggu ketika menerima rawatan di sebuah hospital awam.

“Hasil pemeriksaan mendapati pesakit tersebut telah hamil usia kandungan 32 minggu. Siasatan lanjut mendapati pesakit tersebut telah melakukan hubungan seks ketika berumur 15 tahun 9 bulan dengan teman lelaki yang dikenali selama setahun.

“Pada 21 Jun jam 12.00 tengahari, tangkapan telah dibuat terhadap suspek iaitu seorang lelaki berumur 20 tahun, tidak bekerja di Wangsa Maju. Hasil ujian air kencing terhadap suspek dapati negatif dadah,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Suspek direman selama 7 hari sehingga 28 Jun depan untuk disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini