comscore
Tumpuan :
Jenayah

Ibu kelar bayi: Polis sahkan punca dan identiti mangsa

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak. – FOTO: NSTP

JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan punca kematian kanak-kanak berusia setahun enam bulan di Taman Cahaya Masai di sini semalam adalah disebabkan luka kesan kelar.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Mohd Sohaimi Ishak mangsa dikenali sebagai Muhammad Uwais Mohd Khairul.

Katanya, jenazah kanak-kanak itu telah dituntut bapanya di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), jam 3.30 petang tadi.

“Kanak-kanak itu disahkan maut di lokasi kejadian iaitu ruang tamu rumah. Hasil bedah siasat mendapati punca kanak-kanak itu meninggal dunia adalah disebabkan ‘slash wound to the neck’,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Lokasi kejadian kes seorang bayi dikelar ibu kandung di Taman Cahaya Masai.

Menurut Mohd Sohaimi, seorang jiran suspek telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Terdahulu, Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar dilaporkan berkata seorang ibu dipercayai mengelar bayi lelakinya di rumah mereka di Pasir Gudang, pada jam 1.30 tengah hari semalam.

Siasatan awal mendapati wanita berkenaan telah menghantar gambar anaknya yang berlumuran darah pada leher melalui aplikasi WhatsApp kepada suaminya.

Polis turut merampas sebilah pisau di lokasi kejadian.

Sementara itu, ibu kepada mangsa kini direman tujuh hari.

Perintah tahanan reman sehingga 23 Mac dikeluarkan Majistret Suhaili Sapun di Wad Psikiatri Hospital Permai, Tampoi.

 

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini