comscore
Tumpuan :
Jenayah

Jumpa bomoh hendak buang santau, tetapi dakwa dirogol hingga hamil – Polis 

MUAR: Seorang pelajar tingkatan tiga mendakwa dirogol pengamal perubatan yang merawatnya bagi membuang santau, dalam kejadian di rumah lelaki terbabit di sebuah kawasan terpencil, di sini.

Mangsa dikatakan hamil atas perbuatan terkutuk suspek dalam kejadian yang berlaku tahun lalu dan tahun ini.

Remaja 15 tahun itu dilaporkan ke rumah suspek yang turut ditemani ahli keluarganya bagi tujuan mendapat rawatan dengan lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata kejadian dipercayai berlaku November 2022 dan April lalu.

Beliau berkata, semua kejadian berlaku ketika mangsa mendapatkan rawatan dengan suspek berusia 50 tahun.

“Pelajar berkenaan memaklumkan dia dirogol semasa proses perubatan dilakukan.

Pada 27 Oktober lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menerima satu laporan kejadian itu.

“Mengikut keluarganya, mereka mahu mendapatkan rawatan kerana mangsa dan sekeluarga sering sakit dipercayai terkena santau.

“Mangsa mengetahui dirogol apabila mendengar sesi ceramah jenayah seksual di sekolah pada September dan selain tidak didatangi haid,” katanya.

Katanya lagi, mangsa memberitahu kejadian itu pada ibunya dan membawa pemeriksaan kesihatan sebelum disahkan mengandung.

“Polis menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Loading...
Terkini