comscore
Tumpuan :
Jenayah

Jurutera rugi RM38,610 ditipu tawaran kerja sambilan

Foto hiasan

KUANTAN: Jurutera lelaki di Bera kerugian RM38,610 selepas terperdaya dengan tawaran kerja sambilan dalam pelaburan Bitcoin.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata berdasarkan laporan, mangsa berumur 28 tahun itu menerima mesej melalui aplikasi Telegram daripada suspek pada 17 Januari lalu.

Katanya, suspek menawarkan kerja sambilan dalam pelaburan Bitcoin yang menjanjikan bayaran komisen RM200 untuk 30 minit pertama bagi setiap pelaburan bernilai RM1,000.

“Mangsa kemudiannya membuat lima kali pindahan wang ke dalam empat akaun bank yang berlainan sehingga mengalami kerugian sebanyak RM38,610.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Ramli menasihati masyarakat supaya tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan.

Katanya, masyarakat juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan maklumat pelaburan yang tepat.

“Bagi mengelak menjadi mangsa, semakan nombor akaun yang diterima boleh dilakukan di pautanhttps://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini