comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kanak-kanak 6 tahun mangsa dera bapa tiri

Kesan parut lama pada bahagian belakang badan mangsa.

Oleh Amira Suraini Che Mohamad

ARAU: Belum lagi reda dengan kes tiga beradik yang dirantai kaki oleh ibu kandungnya di Tambun Tulang, satu lagi kes penderaan mengejutkan berlaku di Kampung Alor Lancang Jejawi, di sini.

Mangsa merupakan kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun.

Penderaan itu terbongkar pada 22 Mac lalu apabila guru tadika mangsa menyedari tubuh badan kanak-kanak itu mengalami kesan lebam lama dan baru.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 9.45 pagi semalam.

Ujarnya, mangsa merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan merupakan anak tiri kepada suspek.

“Hasil pemeriksaan di hospital mendapati terdapat kesan parut lama pada bahagian belakang, tangan kanan dan tangan kiri, peha kanan dan pipi kanan mangsa.

Kesan parut lama pada tangan kiri dan kanan kanak-kanak 6 tahun itu.

“Doktor juga mengesahkan tiada sebarang kesan kecederaan atau parut pada bahagian badan ibu mangsa dan dua adik mangsa yang lain,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Polis kemudiannya bertindak menahan suspek yang berusia 34 tahun.

“Hasil ujian kencing ke atas suspek didapati positif methamphetamine. Reman ke atas suspek diperoleh 4 hari bermula hari ini sehingga 30 Mac,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Loading...
Terkini