comscore
Tumpuan :
Jenayah

KPDN Kedah sita minyak diesel diseleweng bernilai RM11,802

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Kedah merampas 5,620 liter dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM11,802.00.

Pengarahnya, Affendi Rajini Kanth dalam satu kenyataan memaklumkan, rampasan dibuat sekitar jam 5.30 petang semalam di sebuah stor tanpa nombor di Changloon hasil maklumat risikan yang dibuat oleh Pegawai Penguat Kuasa KPDN Negeri Kedah.

“Serbuan dilakukan hasil Operasi Ops Tiris bagi membanteras penyelewengan minyak diesel. Pemeriksaan lanjut terhadap premis yang tidak berpenghuni tersebut telah menjumpai lapan (8) buah IBC Tank , tujuh belas (17) buah Tong Drum dan tiga puluh empat (34) Tong Jerry Can yang berisi minyak diesel dan lain-lain peralatan yang disyaki digunakan untuk enyelewengan”

Pasukan Penguatkuasa seterusnya bertindak menyita barang-barang tersebut untuk siasatan lanjut.

Anggaran minyak diesel yang disita adalah sebanyak 5,620 liter dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM11,802.00.

“Barang-barang lain seperti 8 unit tong Fiber ABC, 34 unit tong Jerry Can, 17 unit Tong Drum, 1 unit Mesin Penjana Kuasa, 2 unit Pam Kelajuan Tinggi dan 3 unit Pam Pemindahan Diesel dianggarkan berjumlah RM5,954.00.”

“Anggaran jumlah nilai rampasan keseluruhan adalah sebanyak RM17,756.00.”

Siasatan katanya, dijalankan dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961.

Loading...
Terkini