comscore
Tumpuan :
Nasional

Tujuh lelaki gagal seleweng 57,000 liter diesel bersubsidi  

Antara lori yang disita dalam serbuan di dua premis di Nilai dan Mambau yang disyaki melakukan kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi. – Foto: Ihsan KPDN.

SEREMBAN: Pihak berkuasa merampas 57,000 liter diesel bersubsidi  dipercayai cuba diseleweng yang dianggarkan bernilai RM122,550.

Hasil dua serbuan masing-masing di Nilai dan Mambau itu, tujuh lelaki turut diberkas.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan, berkata serbuan dilakukan menerusi Op Tiris dengan kerjasama Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Johor.

Beliau berkata, serbuan di Bandar Baru Nilai,  jam 5 petang Isnin lalu membabitkan  10,000 liter diesel bernilai RM21,500 dan sebuah lori tangki yang menjadikan nilai keseluruhan rampasan RM36,500.

“Seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun bersama seorang lelaki warga asing iaitu pemandu dan kelindan lori ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Manakala serbuan kedua jam 5 petang semalam, melibatkan sebuah premis  disyaki  tempat penyimpanan dan memproses diesel secara haram di Mambau.

“Ia membabitkan rampasan 47,000 liter diesel bernilai RM101,050, sebuah lori tangki, sebuah lori bonded, tangki IBC dan pam minyak dengan nilai keseluruhannya dianggarkan RM222,250.

“Seramai lima lelaki warga tempatan berusia antara 27 hingga 52 tahun. Tiga daripada adalah pemandu lori dan dua lagi pekerja stor ditahan untuk siasatan lanjut kes,” katanya.

Muhammad Zahir berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Loading...
Terkini