comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki disyaki ceroboh rumah lemas lepas terjun sungai

Oleh Fazli Ahmad

TEMERLOH: Seorang lelaki yang melarikan diri daripada penduduk kampung kerana cuba menceroboh sebuah rumah di Mentakab dekat sini, awal pagi tadi nekad terjun ke dalam Sungai Semantan dan ditemui lemas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Roslee Omar berkata dalam kejadian kira-kira jam 4:20 pagi tadi lelaki berusia 31 tahun itu hanya memakai seluar pendek “boxer”  cuba menceroboh sebuah rumah.

“Bagaimanapun selepas dihalang lelaki terbabit bertindak melarikan diri,”

“Saksi melihat lelaki terbabit terjun ke Sungai Semantan dekat Jambatan Tanjung Kerayung, mentakab dan hilang.” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Susulan itu, operasi mencari oleh polis, bomba dan angkatan pertahanan awam digerakkan .

Penolong Pengarah (Operasi), Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata mayat lelaki terbabit ditemui jam 12:22 tengah hari di dasar Sungai Semantan pada paras kedalaman kira-kira 4.5 meter tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah Termerloh.

Loading...
Terkini