comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki ditahan polis, dipercayai rogol anak tiri

Foto hiasan

MARANG: Seorang penganggur ditahan bagi membantu siasatan kes rogol anak tirinya yang berusia 12 tahun.

Suspek yang berusia 30 tahun ditahan di sebuah kedai makan di daerah berkenaan kira-kira jam 3.45 petang semalam.

Difahamkan, perbuatan suspek itu terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibu saudaranya sebelum satu laporan dibuat mangsa pada kelmarin (Jumaat).

Suspek dikatakan sudah beberapa kali melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkenaan.

Katanya, suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini