comscore
Tumpuan :
Jenayah

Op Benteng tahan lima warga asing

KUALA LUMPUR: Lima warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen dalam satu sekatan jalan raya menerusi Ops Benteng yang dilakukan pihak penguatkuasa bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata operasi itu membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM).

“Sehingga semalam, 67 sekatan jalan raya diadakan dan 44,028 kenderaan diperiksa bagi mengekang kemasukan PATI terutamanya di lorong tikus.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong tikus.

“Selain mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI, operasi ini juga dapat mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Loading...
Terkini