comscore
Tumpuan :
Jenayah

Palsu dokumen, pecah amanah : 3 individu termasuk pengarah syarikat ditahan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu melibatkan dua pengarah dan seorang pekerja syarikat swasta kerana disyaki memalsukan dokumen dan melakukan pecah amanah sehingga mengakibatkan kerugian dana syarikat berjumlah RM500,000.

Suspek dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 40an hingga 60an itu telah ditahan di Shah Alam antara jam 5 petang hingga 9 malam semalam.

Menurut sumber, suspek disyaki memanipulasi dokumen dan turut membuat dokumen invois palsu sehingga menyebabkan syarikat tersebut mengalami kerugian dalam penjualan produk sarung tangan kepada sebuah syarikat pembeli.

Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman membenarkan ketiga-tiga suspek direman selama dua hari bermula hari ini sehingga 1 Jun 2023 selepas pihak SPRM membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Loading...
Terkini