comscore
Tumpuan :
Jenayah

PDRM terima 67 laporan berkaitan I-Serve  

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

KUALA LUMPUR: Sehingga hari ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman menerima 67 laporan berkaitan pelaburan i-Serve.

Pengarah JSJK, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dalam satu sidang media memaklumkan, membabitkan jumlah kerugian lebih RM 81.6 juta.

Ujarnya lagi, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa mana-mana individu yang menjadi mangsa kepada skim penipuan ini untuk segera tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Sebelum ini beliau dilaporkan berkata, siasatan mendapati syarikat pelaburan i-Serve beroperasi tanpa mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Terdahulu media melaporkan pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar Datuk bersama isteri dan anak lelaki mereka ditahan bagi siasatan yang dijalankan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Susulan itu, empat suspek baru ditahan bagi siasatan kes pengubahan wang haram membabitkan syarikat pelaburan i-Serve dan MyAirline, syarikat termasuk MyAirline.

Loading...
Terkini